Friday, December 24, 2010

Konsep al-Wala, al-Bara halang generasi muda taksub budaya Barat.

UMAT Islam meraikan hari Asyura dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Namun, ada yang menyambut hari itu dengan mencederakan tubuh masing-masing kononnya melahirkan rasa sedih atas kematian cucu Rasulullah.

Puasa Asyura sering dibincangkan dari sudut fiqh, tetapi jarang dibicarakan maksud tersirat yang menyentuh akidah Islam.
Daripada Ibnu Abbas, “Ketika tiba di Madinah, Rasulullah mendapati orang Yahudi berpuasa Asyura. Rasulullah bertanya: Kalian berpuasa pada hari ini sempena apa? Orang Yahudi itu menjawab: Hari ini sangat mulia kerana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu, Firaun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini kerana bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini. Rasulullah lantas berkata: Kami lebih utama mengikuti Musa daripada kalian. Maka Rasulullah berpuasa dan memerintahkan kaum Muslimin berpuasa.” (Hadis riwayat Muslim)
Ada berpendapat puasa 10 Muharam menyerupai Yahudi. Namun, Rasulullah bertegas ibadat umat Islam tidak menyerupai bukan Islam. Lantaran itu, disyariatkan berpuasa pada 9 Muharam untuk berselisih dengan Yahudi dan Nasrani.

Hadis ini menunjukkan konsep akidah Islam yang dikenali sebagai al-Wala dan al-Bara. Shaikh Bin Baz menyatakan al-Wala’ dan al-Bara’ bermaksud mencintai orang beriman dan setia kepada mereka, membenci orang kafir dan memusuhi mereka, berlepas diri daripada mereka dan agama mereka.

Satu cara melepaskan diri daripada orang kafir ialah mengelak meniru tingkah laku dan tatacara berpakaian yang menjadi identiti agama mereka.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Dr Nashir Abdul Karim Al-Aql menyatakan beberapa hikmah di sebalik larangan menyerupai bukan Islam kerana perbuatan orang kafir pada dasarnya dilakukan atas kesesatan, meniru orang kafir, maka seseorang Muslim akan menjadi pengikut mereka.

Allah memberi peringatan keras dalam firman bermaksud: “Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas datang kepadanya petunjuk dan mengikuti jalannya orang yang tidak beriman, Kami biarkan dia dengan kesesatannya kemudian Kami seret ke dalam neraka Jahanam. Dan neraka Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah an-Nisa’, ayat 115)

Meniru orang kafir juga menimbulkan rasa kagum, cinta dan setia kepada mereka. Ini merendahkan martabat dan menyebabkan umat Islam dipandang hina.

Hal ini penting difahami setiap Muslim kerana kita melihat bagaimana generasi muda suka meniru gaya Barat dari segi berpakaian hingga ada kalanya tidak sensitif dengan lambang atau corak pada pakaian itu.

Konsep al-Wala dan al-Bara hendaklah ditekankan dalam pendidikan Islam di sekolah bagi melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri kukuh. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mendalami ajaran Islam.

Selagi kita gagal memerdekakan diri daripada meniru orang kafir, selagi itu kita dibelenggu penjajahan pemikiran. Selagi itulah umat Islam akan terus dihina.

dipetik dari : Berita Harian
 

Blogger news

manfaatkan kotak ini sebaiknya.. dilarang SPAMMING. dilarang untuk beremosi.. kata2 menunjukkan perilaku~ jikalau anda ingin menghantar komen secara peribadi, boleh isi diruangan komen, insyaAllah kami akan membacanya.

ShoutMix chat widget

About

Integriti Rasyidul Huffaz atau singkatannya IRSYAD merupakan sebuah badan perwakilan bagi pelajar-pelajar diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2009-2012.
IRSYAD secara rasminya ditubuhkan pada 17Jun 2009 bersamaan 23 Jamadilakhir 1439H dalam mesyuarat diantara Majlis Tertinggi dengan barisan exco perwakilan. Dan Majlis pelancarannya telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Julai 2009 bersamaan 24 rejab 1430H di Auditorium Sheikh Mohd Nor.