Wednesday, April 28, 2010

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun 1431H/2010M

Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 telah berlangsung dengan jayanya selama 5 hari mulai 21 hingga 15 April 2010 bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah. Bertemakan “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah”, majlis ini menyaksikan persaingan yang hebat di antara para hafiz dan hafizah dari seluruh Malaysia.



Majlis Perasmian Pembukaan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 21 April 2010. Turut hadir pada majlis pembukaan adalah Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah binti Ab. Rahman, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke–31 Tahun 1431H/2010M dan isteri serta dif-dif kehormat yang lain.



Para jemaah hakim, peserta-peserta dan urus setia negeri serta persekutuan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke–31 Tahun 1431H/2010M diraikan dalam satu majlis makan tengah hari bersama TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Hotel Equatorial, Melaka pada 22 April 2010.



Pada 24 April 2010, para jemaah hakim, peserta-peserta dan urus setia negeri serta persekutuan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun 1431H/2010M diraikan dalam satu majlis makan tengah hari bersama YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.



Seramai 73 orang peserta seluruh negara menyertai majlis ini dengan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu hafazan dari 1-10 juzuk beserta tarannum, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk beserta tafsir. Pada tahun ini, satu kategori baru diperkenalkan iaitu hafazan dari 1-10 juzuk beserta tarannum. Walaupun ia merupakan kategori baru, namun para peserta dapat menyampaikan bacaan dengan cemerlang.



Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Turut hadir pada majlis itu Y.A.Bhg. Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina binti Kassim, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka dan isteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan suami serta dif-dif kehormat yang lain.

Keputusan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke–31 Tahun 1431H/2010M disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), merangkap Pengerusi Jemaah Hakim.

Pemenang-pemenang bagi ketiga-tiga kategori hafazan adalah seperti berikut :



1-10 JUZUK (LELAKI)

TEMPAT PERTAMA : Ahmad Tirmizi bin Hj Ali (Terengganu)

TEMPAT KEDUA : Muhammad Haikal bin Mohd Aris (Melaka) [semester AQRAB dq]

TEMPAT KETIGA : Muhammad Naazir bin Sheikh Alaudeen (Selangor)



1-10 JUZUK (PEREMPUAN)

TEMPAT PERTAMA : Farihah binti Zulkifli (Wilayah Persekutuan)

TEMPAT KEDUA : Siti Hajar Nabilah binti Mohd Darha (Selangor)

TEMPAT KETIGA : Zainab binti Sapiuddin (Sabah)[semester ITQAN dq]

1-20 JUZUK (LELAKI)

TEMPAT PERTAMA : Mohd Iqram bin Niyaz Ahmad (Kelantan)

TEMPAT KEDUA : Mohamad Fida’iy bin Zainal Abidin (Kedah)

TEMPAT KETIGA : Muhamad Khairul Razikin bin Abdul Razak (Sabah)

[semester ITQAN dq]



1-20 JUZUK (PEREMPUAN)

TEMPAT PERTAMA : Farah Nabilah binti Amindin (Selangor)

TEMPAT KEDUA : Khairunnisah binti Zaini (Johor)

TEMPAT KETIGA : Nur Amalina binti Azharuddin (Melaka)

1-30 JUZUK (LELAKI)

TEMPAT PERTAMA : Ahmad Mujahid bin Salleh Sani (Wilayah Persekutuan)

TEMPAT KEDUA : Muhammad Hariz Syazwan bin Mohd Arifin (Kelantan)

TEMPAT KETIGA : Mohd Labib bin Mohamad Anuar (Selangor)



1-30 JUZUK (PEREMPUAN)

TEMPAT PERTAMA : Siti Nadhira binti Mohd Shafie (Selangor)

TEMPAT KEDUA : Mazian binti Abu Bakar (Wilayah Persekutuan)

TEMPAT KETIGA : Siti Farhana binti Zainudin (Melaka)

*tahniah juga diucapkan kepada Siti Nor Azizah Binti Mohd Ali yang mewakili Negeri Terengganu Bagi Tahap pertama, secara tidak langsung mewakili IRSYAD, walaupun tidak merangkul juara, tetapi tahniah kerana mencuba!

Kepada Semua "Ilmuwan Muda", sila baca!

IMAMUNA AS-SYAFIE r.a. merupakan seorang ulamak ulung dunia Islam. Tersohor beliau dalam bidang agama dengan antara sumbangan terbesarnya dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam ialah mempelopori disiplin ilmu Usul Fiqh (iaitu ilmu metodologi pengistinbatan hukum). Kitab beliau Ar-Risalah memperkenalkan usul fiqh dalam kerangka yang sistenatik sehingga layak diangkatnya sebagai salah satu disiplin ilmu penting dalam Islam.

Imam Syafie, ilmuwan yang saya yakin benar-benar asli dalam erti kata mengikut jalur keilmuan Islam (Islamic epistemology) yang sebenar. Ini boleh kita lihat pada pengiktirafan kelompok besar umat lebih-lebih lagi golongan ilmuan terhadap ‘kebesaran’ beliau. Malah, autoriti al-Imam dalam ilmu Usul membuktikan kedalaman dan kehebatannya dalam bidang pemikiran / falsafah.

Syair-syair as-Syafie yang sangat masyhur kerap kali mengungkapkan perihal ilmu (hakikat) dan penerima ilmu (pentafsir ilmu). Diwan as-Syafie, antara kitab syair beliau.

Syair yang mengandungi nasihat dan panduan menyangkut soal ilmu adalah tersangat penting buat barangsiapa yang mempunyai sikap ingin tahu yang kuat, kuat membaca, dan yang katanya telus mencari yang mana satu benar. Terlebih utamanya dan banyak mutakhir ini menjelma dalam kalangan pemuda - yang masih muda pemikirannya, boleh juga ditafsir sebagai kurang tahu persolan ‘ilmu’ sebagai satu subjek yang mulia dan tinggi martabatnya dalam islam.



kuat membaca?

Ulamak-ulamak terdahulu terutamanya di zaman keemasan islam (iaitu 'asr abbasiah) banyak membincangkan epistemologi (faham ilmu) dalam kitab-kitab terkenal mereka.

Ulamak hari ini, yang menyentuh secara mendalam soal penting ini digolongkan sebagai pemikir atau ahli falsafah, justeru itu lebih jauh dan tidak familiar dengan masyarakat awam. Kesannya, soal faham ilmu ini tidak berkembangbiak dalam kalangan kita sebagaimana ilmu-ilmu lain.

Kata Al-Attas, akar (punca utama) permasalahan umat Islam pada hari ini ialah kekeliruan dalam menanggap ilmu. Kesannya, kelahiran segolongan besar umat yang tidak beradab.

Golongan tak beradab itu memang benar-benar menjelma pada hari ini. Cukup banyak : iaitu - secara umum - orang-orang yang tidak matang dalam berhujah ( yang mengikut emosi), cepat prejudis, cepat mengikut hawa nafsu, terlalu skeptik dengan yang setentang, terlalu taksub dengan yang sebulu.

Lebih berat, golongan high-class yang terlalu yakin dengan pandangan (atau aliran) yang diikuti, walaupun sah berlawanan habis dengan aliran utama tradisi keilmuwan Islan yang didominasi oleh ulamak-ulamak muktabar. Sebagai contoh : golongan anti-hadith, syiah (terutamanya dalam aqidah), dan aliran liberal yang pelbagai cabang itu.

Rangkaian syair As-Syafie boleh dijadikan panduan berguna. Lebih pragmatis dengan zaman ini, mesti rujuk Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Saya tidak tahu ada manusia lain selain beliau di zaman ini yang membincangkan secara serius soal ini.

Kepada ulamak akhir zaman, termasuk ulamak politik,
Iintelektual yang dengarnya bijaksana,
Mufti, lantang atau tidak lantang,
Penceramah-penceramah jemputan,

dan yang diraikan,
‘para ilmuwan muda’ bersemangat berapi-api,

Sila fahami terlebih dahulu,

APA ITU ILMU secara mendalam dan halus,

sebelum keluar menemui masyarakat sebagai "ustaz", "mufti", "prof.", "dr." dan lain-lain panggilan hormat kepada orang 'berilmu'.

kanta.pembesar : "Ilmu itu bukan semudah mencari dalil dan maklumat dalam kitab/buku di perpustakaan, kedudukannya tersangat tinggi dan mulia menandakan kepayahan mencapainya"
Related Posts with thumbnails for bloggerblogger gadgets

Tuesday, April 27, 2010

Forum IRSYAD


Bismillahirrahmannirrahim..
alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kita masih sama-sama dipinjamkan nyawa
daripada Allah taala untuk sama-sama berjuang di bumi Barakah ini.[bkn bumi sial]

alhamdullah,
untuk itu,
Integriti Rasyidul Huffaz
a.k.a
IRSYAD DQ

telah melancarkan Kembali Forum Irsyad,
yang bertujuan untuk memberi2 pendapat,
cadangan, idea, cerita, artikel,
gamba dan sebagainya.
tujuan utamanya adalah
untuk mmberi cadangan2 yang berkaitan
untuk diguna pakai sebagai platform untuk
perwakilan bagi melancarkan gerak kerja
serta menjaga kebajikan Ahli irsyad sendiri.

sehubungan dengan itu..
semua ahli IRSYAD,
di jemput untuk mendaftarkn diri di forum ini,
tiada yuran sampingan dikenakan,
hanya memerlukan email anda untuk didaftarkan
dijemput juga untuk mengaktifkan diri anda
untuk lebih mendapat maklumat

sebagai contoh: elaun lmbt masuk pelajar merungut
suatu persoalan??

jadi anda akan mendapat maklumbalas2 insyaAllah

sebuah penghargaan juga kepada Penasihat Semester [Ustaz Zaki]
kerana sudi mengaktifkan diri didalam forum kita,
serta memberi nasihat secara tidak langsung,
harap kita boleh mengikuti perkembangan teknologi

ke arah Penguasaan ICT untuk Memperkasa Institusi Tahfiz

[screenshoot forum]

adress forum : sini



Assalamualaikum dan Ahlan Wasahlan, Tetamu. Silakan Daftar Masuk atau Mendaftar.



NAMA

KATA LALUAN


Login with username, password and session length





TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BARU

TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIPLOMA

Pada 30 Mac 2010 hingga 6 April 2010, Darul Quran JAKIM telah mengadakan temuduga bagi pelajar Program Diploma Tahfiz sesi 2010/2013 secara berperingkat. Temuduga ini telah bermula di negeri Johor dan berakhir di Darul Quran pada 6 April 2010.

Bilangan calon yang dipanggil temuduga ialah seramai 1009 orang. Panel temuduga terdiri daripada pensyarah Darul Quran antaranya Ustaz Mohd Najib bin Abd Ghafar, Ustazah Zamzarina binti Mohd Sood, Ustaz Mohd Sya’bani bin Awang, Ustaz Yusri bin Chek, Ustaz Shamsul Bahari bin Dahalan, Ustazah Norhayati binti Ab Lateh dan beberapa orang lagi yang terlibat. Keputusan temuduga boleh disemak melalui laman web Darul Quran bermula 15 Mei 2010.

Calon yang akan ditawarkan bagi Program Diploma Tahfiz ini adalah seramai 150 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan. Kemasukan bagi program ini adalah pada 25 Mei 2010 iaitu pada hari Sabtu.

 

Blogger news

manfaatkan kotak ini sebaiknya.. dilarang SPAMMING. dilarang untuk beremosi.. kata2 menunjukkan perilaku~ jikalau anda ingin menghantar komen secara peribadi, boleh isi diruangan komen, insyaAllah kami akan membacanya.

ShoutMix chat widget

About

Integriti Rasyidul Huffaz atau singkatannya IRSYAD merupakan sebuah badan perwakilan bagi pelajar-pelajar diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2009-2012.
IRSYAD secara rasminya ditubuhkan pada 17Jun 2009 bersamaan 23 Jamadilakhir 1439H dalam mesyuarat diantara Majlis Tertinggi dengan barisan exco perwakilan. Dan Majlis pelancarannya telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Julai 2009 bersamaan 24 rejab 1430H di Auditorium Sheikh Mohd Nor.