Petikan Berita Harian Online : “Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.”
17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu 47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada tahun 2009.
Seandainya 47 kes zina ini mewakili 1% daripada kejadian sebenar maka 4700 kes zina di kalangan Melayu (Islam) berlaku setiap hari di Malaysia pada tahun 2009. Tidak terkesankah statistik ini berbanding dengan hanya 2 kes perkahwinan bawah umur yang berlansung mengikut syariat? Ini bukanlah bermaksud aku menyokong perkahwinan bawah umur tetapi jika perkahwinan bawah umur mendapat respond yang mengemparkan di negara berhari-hari di surat khabar, radio dan TV, mengapa Ibu Menteri, para ulama, para bijak pandai dan ahli politik tidak memberi respond yang lebih serious terhadap kes zina yang sangat membimbangkan yang berlaku setiap jam setiap hari di Malaysia.
ADAKAH KITA DI ANTARA 47 PEZINA SETIAP HARI TERSEBUT?
Firman Allah swt : “Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” – Surah Al-Isra’ ayat 32.
Firman Allah swt : “Pezina lelaki tidak boleh menikahi kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan pezina perempuan tidak boleh bernikah kecuali dengan pezina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang Mukmin.” – Surah An-Nur, ayat 3.
No comments:
Post a Comment