Friday, November 27, 2009

Al-Fatihah Buatmu~


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melaikan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." Al-baqarah [2:208]

14 November 2009,
sebuah tarikh yang amat pilu bagi kita khusunya warga Irsyad mahupun Darul Quran. Tarikh dimana seorang sahabat perjuangan kita telah kembali ke rahmatullah disebabkan berlakunya satu kejadian kemalangan jalan raya di negeri Johor Darul Takzim.


Beliau adalah ANDI MUHD AKMAL BIN ANDI ABD. RAHMAN. Mengikut kronologi kejadian. Andi Akmal dan Andi Anas merupakan sepupu. Jadi keluarga Andi Anas di Johor akan mengadakan Kenduri sempena menghantar rombongan haji. Mereka meminta kebenaran daripada bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk pulang ke Johor. Jadinya 13 November lepas mereka bertolak dari Darul Quran ke Rumah Andi Akmal untuk mengambil ibunya[Andi Akmal ] di puchong. 14 November Mereka bertolak ke Johor dengan menaiki Toyota Avanza dimana Andi Akmal merupakan driver ketika itu dan ibunya [Andi Akmal] berada di depan, sementara Andi Anas duduk dibelakang bersama-sama adiknya.

Kejadian berlaku apabila mereka dalam perjalanan ke Pontian Johor, ketika sudah memasuki wilayah johor. Dikatakan mereka semua letih didalam kereta dan tertidur. Hanya Andi Akmal sahaja yang memandu. Mungkin akibat sunyi dan letih campur keadaan cuaca agak panas. Takdir Allah telah melelapkan Andi Akmal sebentar sahaja. Maka Avanza mereka terbabas ke kiri jalan tetapi disedari Andi Akmal sendiri dan terus membalas stering kereta ke Kanan . dan dalam masa yang sama ada sebuah Trailar besar disitu. Maka ditakdirkan Allah mereka berlanggar. Toyota Avanza mereka melangar belakang Trailar serta bucu trailer. Dan digambarkan keadaan itu. Kereta mereka terperosok di bawah trailer. Nauzubillah .
Bayangkan keadaan kereta Avanza yang lekat di bawah dan belakang trailer. Dimana kerusi pemandu terlekat disana. Andi Akmal disahkan meninggal ditempat kejadian. Kereta tersebut terpaksa dipotong untuk mengeluarkan Akmal dan ibunya yang tersepit. Mereka semua agak parah dan dikejarkan ke Hospital Batu Pahat. Kejadian itu menyebabkan Ibunya cedera parah dan koma tidak sedarkan diri. Andi Anas dan Adiknya juga.

Kejadian yang begitu memilukan warga darul quran kerana kehilangan kader dakwah yang mantap. Kalau ditanya tentang arwah. Hanya yang baik sahaja kita dengari. Tidak percaya, tanyalah guru tasmik beliau, ust rauf, kelas Hadith, Usrah beliau, Warga IQKL, Tabligh, dan sahabat2 seperjuangan. Kehadirannya dalam Irsyad dirasai jauh sekali disisihkan. Seorang yang begitu menjaga Mutaba’ah harian dari segala segi ibadah. Seorang yang penuh dengan minda dakwah. Pemergian ini telah tercatat sejak azali lagi. Pemergian ini amat dirasai. Mengimbau kembali solat jenazah ghaib yang dilakukan di Darul Quran melebihi 5 saf! Di Masjid perumahan rumah beliau melebihi 7 saf! Kita bukan mengira ramainya yang solat. Tetapi kita boleh nmpk perbezaan orang yang dirahmati. Mayat yang baik.


Setelah beberapa hari, Ibunya berada di alam Koma, Beliau telah mengikut jejak langkah Anaknya. Mungkin disebabkan berlakunya pendaharan yang banyak dan akibat kaca yang pecah mencederakan. Alfatihah untuk mereka berdua. semoga ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh. Amin

20 November 2009 merupakan hari dimana Ibu Andi Akmal melahirkan Akmal. Lagi 6 hari untuk arwah mencecah 18 tahun. Dimana akmal telah hidup selama 17 thn 10 bulan dan 14 hari. Setiap saat kita akan dipersoalkan kemana kita habiskan waktu kita. Dan 13 hari sebelum Hari raya korban. Dan harini 27/11/09 hari raya aidil adha.. sudah 13 hari akmal di kuburkan.
Salam Takziah buat seluruh kaum kerabat mereka.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Al-baqarah [2:214]

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Ali Imran [3:145]

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Ali Imran [3:185]

Artikel ini ditulis bukan untuk menyakiti mana-mana pihak. Tetapi diatas kesedaran untuk mencari roh-roh pemuda yang kian hilang dalam dada hufazul quran. Bersempena hari raya Qurban. Marilah bersama-sama kita qurbankan sifat-sifat buruk dan negative kita agar dapat kita sama-sama islahkan diri. Bersatulah wahai warga Irsyad . sedikit kata-kata untuk direnungi,

“Bila kau bergelar Daie kau wajib sedar, bahawa jiwa kau tidak boleh lama-lama menjadi remaja. Bak kata Al-Banna “ Tanggungjawab melebihi masa yang ada dan tarbiyyah yang bersalutkan ilmu dan cabaranlah yang dapat mendewasakan kau tapi cukupkah sekadar menerima tarbiyah?? Sampaikanlah kepada yang lain. Bangunlah Wahai SYABAB Sedarlah Wahai Fatayat!! Kalian bukan memulakan PERJUANGAN tp kalianlah merupakan mata-mata yang menyambung rantai perjuangan”


3 comments:

  1. kehilangan yang cukup dirasai walau ketika hayatnya tidaklah begitu dikenali.

    moga tergolong dalam golongan yang dirahmati.

    alfatihah

    ReplyDelete
  2. yup.. betol.. sgt2 terasa kehilangan ketika itu..ada hikmah disebalik kejadian..

    sewaktu ku kucup dahimu, seakan kurasakan kesolehan pada dirimu.. alfatihah

    ReplyDelete
  3. salam...innalillah...berita ni sampai ke jordan setengah hari slepas kejadian..ana menumpang rasa kesedihan kalian meski tidak mengenali susuk andi akmal..namun, saya tahu, dia juga adalah adik2 sy yg menjunjung kalamullah untuk memetakan semula syariat allah dimuka bumi...Semoga syurgalah menjadi tempatnya...

    ReplyDelete

 

Blogger news

manfaatkan kotak ini sebaiknya.. dilarang SPAMMING. dilarang untuk beremosi.. kata2 menunjukkan perilaku~ jikalau anda ingin menghantar komen secara peribadi, boleh isi diruangan komen, insyaAllah kami akan membacanya.

ShoutMix chat widget

About

Integriti Rasyidul Huffaz atau singkatannya IRSYAD merupakan sebuah badan perwakilan bagi pelajar-pelajar diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2009-2012.
IRSYAD secara rasminya ditubuhkan pada 17Jun 2009 bersamaan 23 Jamadilakhir 1439H dalam mesyuarat diantara Majlis Tertinggi dengan barisan exco perwakilan. Dan Majlis pelancarannya telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Julai 2009 bersamaan 24 rejab 1430H di Auditorium Sheikh Mohd Nor.