Sunday, October 24, 2010

I R S Y A D . . . . .



1 irsyad 1hati,
1 istilah yang menggegarkan ini sentiasa kita dengari,
Namun, berapa orang yang betul-betul mengerti dan menghayati,
Khazanah intipatinya dan isi,
Jadi, usah kita berbangga diri,
jika kutuk mengutuk menjadi makanan rohani,
Jika rasisme menjadi tradisi,
Jika perkara khilafiyyah terus menjadi bicara sehari-hari,
Tuntasnya, tertunaslah api permusuhan di dalam diri,
Diletuskan oleh makhluk Allah yang iri hati,
Enggan sujud kepada Adam tatkala mendapat perintah ilahi,
Yang merasakan dirinya lebih sempurna tercipta daripada api,
Berbanding Adam berasal dari tanah di Bumi,
Apakah di kalangan kita bersih daripada golongan seumpama ini?
Apakah di kalangan kita bebas dari cengkaman sifat sombong diri?

Laungan slogan "Bi'ah Solehah" setiasa didengari,
Namun, sejauh manakah Al-Quran dan keimanan bertapak di hati?
Lantas wahai sahabat-sahabat sekalian,
Menggalas amanah tidak seindah sebutan,
Pengorbanan dan keperitan adalah kemestian,
Tenaga, masa dan wang material perlu disalurkan,
Dan realiti setiap insan yang diamanahkan,

Jalan yang ditempuhi dipenuhi liku-liku dan onak cabaran,
Kejian, celaan, kritikan dan tohmahan sudah menjadi makanan harian,
Namun ingatlah, keikhlasan dan kesabaran menjadi benteng kekuatan,
Kekhusyukan solat menjadi tunjang ketabahan,
Keredhaan Allah adalah paksi ketulusan dan kejujuran,.

Namun, ada hal kita seharusnya berbangga,
Semester IRSYAD menjadi pujian di merata-rata tempat,
Warga IRSYAD unggul di mana-mana sahaja,
Kekuatan dalaman adalah senjata utama,

Jadi wahai sahabat sekalian,
Mampukah kita mengekalkan zaman kegemilangan?
Atau kita menanti saat tersungkur di puncak keagungan?
Ayuh wahai sahabat yang dikasihi sekalian,
Kita buktikan kesatuan kita pemacu utama untuk mencipta kemenangan,
Berganding bahu mencipta kejayaan,
Segala kesusahan hanya kepada Allah diadukan,
1 Irsyad, 1 Hati, 1 Fikrah, 1 Perjuangan.
 

Blogger news

manfaatkan kotak ini sebaiknya.. dilarang SPAMMING. dilarang untuk beremosi.. kata2 menunjukkan perilaku~ jikalau anda ingin menghantar komen secara peribadi, boleh isi diruangan komen, insyaAllah kami akan membacanya.

ShoutMix chat widget

About

Integriti Rasyidul Huffaz atau singkatannya IRSYAD merupakan sebuah badan perwakilan bagi pelajar-pelajar diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2009-2012.
IRSYAD secara rasminya ditubuhkan pada 17Jun 2009 bersamaan 23 Jamadilakhir 1439H dalam mesyuarat diantara Majlis Tertinggi dengan barisan exco perwakilan. Dan Majlis pelancarannya telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Julai 2009 bersamaan 24 rejab 1430H di Auditorium Sheikh Mohd Nor.