WARKAH
(Siri 1 : Mahasiswa,
Iblis & ‘PemBENGONGan’)
“aku akan memalingkan
(hati) orang-orang yang sombong takbur di atas muka bumi dengan tiada alasan
yang benar dari (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku); dan
mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan
(bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang
membawa kepada petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui.
Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya
sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan
ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.”
(Qs. Al-A’raf : 146)
SAUDARA-SAUDARI YANG BUDIMAN,
Ivan Illich dalam karyanya, “Deschooling
Society”, dengan keras mengkritik institusi pendidikan yang telah hilang fungsi
‘mendidik’. Malah, fungsi ‘mendidik’ itu telah bertukar kepada ‘mengelirukan’.
Menurut beliau:
“the pupil is thereby ‘schooled’ to confuse
teaching with learning, great advancement with education, a diploma with
competence, a fluency and the ability to say something new. His imagination is
‘schooled’ to accept service in place of value”
Kebobrokan (kerosakan) “bawah sedar” berlaku dalam sosio-intelek masyarakat kampus. Mahasiswa selaku ‘watak utama’ dalam perbenturan (clash) dengan puak yang menjadi ‘penguasa (authority) institusi pendidikan’; tetapi mereka (authority) mempunyai niat buruk yang dimanifestasikan melalui tindakan-tindakan mereka yang menindas mahasiswa demi mencapai cita-cita diablotis (ke-iblis-an) mereka. Golongan penguasa berjiwa haiwan ini akan kita kenali selepas ini sebagai al-Mustakbirun.
SAUDARA-SAUDARI; YANG MERUPAKAN WATAK UTAMA
MAKALAH INI,
Tanpa sedar, pelajar atau mahasiswa, disogok
dengan nilai-nilai ‘yang dianggap sah’ oleh golongan al-Mustakbirun (iaitu
segelintir kelompok elit dalam masyarakat yang menyombongkan diri). Mahasiswa
menjadi kelompok yang ‘dilemahkan’ (al-Mustadh ‘afun); dibenam sisi kekuatannya
dan sebaliknya, sisi kelemahannya dibangkitkan. Masyarakat mahasiswa yang kini
seakan-akan “robotized and machinized society” sudah lama lupa dan lalai (al-ghaflah)
akan tanggungjawabnya sebagai ‘kelompok intelektual berfungsi’ yang menjadi
agen perubahan yang signifikan. Dalam kata lain, masyarakat mahasiswa hari ini
sudah mula terkesan dengan program pembengongan sistematik oleh golongan
al-Mustakbirun yang punya kepentingan diablotisnya. Maka, tidak keterlaluan
jika kita mengatakan bahawa golongan al-Mustakbirun ini sedang merancang suatu
bentuk transformasi social-intelek ke atas golongan mahasiswa, menjadikan
mereka (mahasiswa) golongan lalai dan membentuk mereka menjadi sebuah
“masyarakat bengong”.
Secara psikologinya, ‘masyarakat bengong’
mengalami penyakit jiwa (korupsi psycho-spritual-intelektual) yang kronik.
Penyakit jiwa ini menghalang mereka daripada menyaksikan hakikat kebenaran.
Akal dan daya intelek mereka menjadi songsang menyebabkan mereka menilai
‘kebenaran sebagai kebatilan dan kebatilan sebagai kebenaran’. Perkara ini
disentuh melalui analisa sufistik oleh Ibn Qayyim yang terakam dalam karyanya
“al-Wabilu as-Sayyib mina l-kalimi t-Tayyib”
“…kalau sekiranya hati berkarat, maka
gambaran-gambaran maklumat yang terakam padanya tidak akan menepati realitinya
yang sebenar, justeru, ia akan melihat kebatilan sebagai benar dan kebenaran
sebagai kebatilan…. Maka, ia tidak lagi menerima kebenaran dan tidak mahu
menafikan kebatilan. Ini merupakan sebesar-besar hukuman bagi hati (a’ zami
‘uqubat al-qalbi). Puncanya ialah kelalaian dan mengikut hawa nafsu, maka
kedua-duanya memadamkan cahaya hati dan membutakan pandangannya…”
Allah Ta’ala berfirman,
“… dan janganlah kamu mematuhi orang yang
lalai hatinya daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami serta ia menurut
hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran…” (surah
al-Kahfi : ayat 28)
Itulah antara ciri-ciri masyarakat yang telah
dilemahkan. Cuba saudara-saudari buat penilaian ciri-ciri yang tersebut dengan
masyarakat mahasiswa hari ini. Saudara-saudari nilaikannya sendiri.
SAUDARA-SAUDARI YANG PRIHATIN,
Beralih pula kepada kelompok elit lagi sombong
yang lalai dan mengikut hawa nafsu ini; dikenali sebagai al-Mustakbirun. Mereka
cuba menjadikan pendidikan sebagai suatu wahana keuntungan fizikal (education
as a tool for physical beneficial) melalui institusi pendidikan. Proses
‘komersialisasi’ yang beranak dari fahaman sesat kapitalisme ini sudah pasti
merobah keseluruhan pandangan tentang makna, tujuan dan fungsi pendidikan.
Pendidikan sebagai ‘sumber menjana kekayaan’ ini diakui oleh perspektif
pendidikan Teori Konflik;
“Pendidikan dipersepsikan sebagai sebahagian
super-struktur yang digunakan oleh kaum kapitalis bagi tujuan-tujuan ekonomi.
Persaingan dalam memperoleh kedudukan ekonomi menjadi punca konflik dalam
masyarakat”
Jadi, menurut Teori Konflik, pendidikan adalah
proses langsung re-produksi sistem yang sedia wujud dan yang paling utama,
pendidikan membantu mengekalkan pengembangan sistem ekonomi kapitalis yang
menindas.
Segalanya berkenaan ‘duit’ (everything is
about money). Kaum Mustakbirun yang biadab ini sanggup mengorbankan segalanya
termasuk Agama, Bangsa dan Tanah Air demi entiti yang namanya ‘duit’. Aspirasi
dan cita-cita besar ummat yang berusaha membina semula Tamadun Khayra Ummah
(ummat yang terbaik:/ Rujuk al-Quran surah ali-‘Imran; ayat 110) melalui
penubuhan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa yang Islamik
habis punah dengan penguasaan manusia-manusia rakus berjiwa syaitan.
SAUDARA-SAUDARI YANG PERCAYA KEPADA KEBENARAN,
Apakah saudara-saudari selaku mahasiswa (yang
merupakan watak utama dalam makalah ini) sanggup berdiam diri dan terus
menjalani proses pembodohan dan pembengongan oleh Kaum Mustakbirun syaitan ini?
IPT Islami yang sebenarnya ditubuhkan hasil perjuangan mahasiswa dan rakyat ini
perlu dipertahankan! (rujuk sejarah perjuangan mahasiswa dalam menuntut
penubuhan IPT Islami di Malaysia) Apakah saudara-saudari mahu melihat IPT hasil
pengorbanan, suka-duka, titik peluh, dan air mata rakyat ini terus menderita
kesakitan dan menjadi bebanan kepada Ummat Islam keseluruhannya? Apakah
saudara-saudari mahu bersubahat dengan Para Syaitan Mustakbirun untuk
meruntuhkan agama demi tujuan diablotis mereka?
Ah! Sudah! Kami tak rela dibodohkan! Kami tak
rela dirobotkan! Kami tak mahu diperalatkan! Kami tak sanggup bersubahat! Kami
cintakan keadilan! Kami cintakan KEBENARAN! Kami akan berjuang sehingga datang
janji Allah. Kami akan sepenuh hati berusaha mengeluarkan manusia daripada
dzulumat (kegelapan-kegelapan) kepada Nur (cahaya) dengan izin dan bantuan
Ilahi.
Seorang tokoh intelektual Muslim, al-Marhum
Prof. Ismail Faruqi pernah menyebut,
“The person with a role that is relevant to us
here is the person with a cause. The person with a cause is a person who have
vision (idealism)….”
Kami akan bertindak, berbekalkan idealisme
mahasiswa yang sejati. Idealisme yang menyedari hakikat kewujudannya dan
kewajipannya dalam menunaikan Hak Ta’ala dan hak selain-Nya, memperjuangkan
kebenaran tanpa mengharap habuan material-duniawi : seperti pangkat &
sanjungan, harta & kemewahan melainkan redha dan janji-janji-Nya.
(berhati-hati; jangan terpedaya dengan seruan palsu yang ber-atas-nama-kan
‘mahasiswa’) Seruan penulis kepada saudara-saudari; fikir-fikirkan! Dan
bertindak mengikut kemampuan masing-masing. Kerana semua orang punya potensi
tersendiri dan penulis yakin dengan potensi manusia kerana ia salah satu
anugerah Tuhan.
WalLahu Ta’ala A’lam
- Aku ambil dari tulisan akhi peminggirkota (peminggirkota.blogspot.com)
- Aku ambil dari tulisan akhi peminggirkota (peminggirkota.blogspot.com)