Sunday, March 28, 2010

DARUL QURAN ANJUR WACANA KHAS: PENGGUNAAN KALIMAH

DARUL QURAN ANJUR
WACANA KHAS: PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Pada 9 Ferbruari 2010 bersamaan hari Selasa, Darul Quran telah menganjurkan Wacana Khas: Penggunaan Kalimah Allah yang bertempat di Dewan Muktamar, Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Tujuan wacana ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan penerangan kepada masyarakat Islam khususnya di Daerah Hulu Selangor mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan islam.

2 orang ahli panel telah dijemput bagi mengupas permasalahan ini iaitu Ustaz Rashidy b. Jamil dan Ustaz Mohd Aizam b. Mas’od dan kedua-duanya daripada Bahagian Penyelidikan, Cawangan Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kedua-dua ahli panel tersebut telah membentangkan 2 kertas kerja yang bertajuk Isu Kalimah Allah: Hukum Penggunaan Bagi Bukan Islam dan Implikasi Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Islam Terhadap Pemikiran Umat Islam di Malaysia. Ustaz Shamsul Bahari b. Dahalan telah bertindak sebagai moderator pada sesi pembentangan tersebut.

Di antara yang hadir dalam wacana tersebut ialah Pengarah Darul Quran, Ustaz Che Ibrahim b. Che Man. Ustazah Zawanah bt. Muhammad, Timb. Pengarah Akademik Darul Quran, Pegawai dan Kakitangan Darul Quran serta pelajar-pelajar Diploma dan Persijilan Darul Quran. Selain itu, Darul Quran juga turut menjemput pegawai-pegawai kerajaan di sekitar Hulu Selangor, Pegawai Majlis Agama Daerah Hulu Selangor dan Ma’ahad Tahfiz Johor ( MARSAH ).

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

manfaatkan kotak ini sebaiknya.. dilarang SPAMMING. dilarang untuk beremosi.. kata2 menunjukkan perilaku~ jikalau anda ingin menghantar komen secara peribadi, boleh isi diruangan komen, insyaAllah kami akan membacanya.

ShoutMix chat widget

About

Integriti Rasyidul Huffaz atau singkatannya IRSYAD merupakan sebuah badan perwakilan bagi pelajar-pelajar diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2009-2012.
IRSYAD secara rasminya ditubuhkan pada 17Jun 2009 bersamaan 23 Jamadilakhir 1439H dalam mesyuarat diantara Majlis Tertinggi dengan barisan exco perwakilan. Dan Majlis pelancarannya telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Julai 2009 bersamaan 24 rejab 1430H di Auditorium Sheikh Mohd Nor.