Wednesday, September 8, 2010

IKlan Raya Paling Kontroversi~

Assalammualaikum,

Apabila tiba Syawal, syarikat-syarikat besar akan berlumba-lumba memaparkan iklan raya mereka. Ada iklan yang penuh dengan mesej dan ada juga iklan yang straight to the point. Dalam banyak-banyak iklan raya, iklan dari Petronas adalah dinanti-nantikan. Mungkin kerana kandungan iklannya penuh dengan mesej kemasyrakatan dan kekeluargaan yang diselit secara halus melalui sketsa membuatkan ramai yang menyukai iklan petronas.

Antara iklan raya lain yang turut ditunggu juga adalah iklan raya dari TV3. Namun sejak kali pertama melihat iklan raya TV3 untuk aidilfitri tahun ini, memang jelas nampak kecelaruannya. Gambaran kecelaruan yang paling jelas adalah apabila dipaparkan sebuah beca terbang yang dipandu oleh seorang pakcik berambut putih dengan disinari bintang-bintang. Paparan beca terbang itu memang jelas meniru Santa Claus yang biasa kita lihat apabila tibanya Hari Krismas atau Hari Natal untuk penganut Kristian.





Apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah mesej yang cuba disampaikan? Cuba untuk menyampaikan mesej 1 Malaysia? Atau mesej illuminati atau freemason?

Dulu, kita pernah dikejutkan oleh TV3 dengan persembahan Anugerah Juara Lagu yang dikatakan mempunyai unsur-unsur illuminati. Sekarang kita dikejutkan dengan iklan raya ini pula.

Jika anda mempunyai akaun facebook dan merasa terpanggil untuk membantah iklan raya TV3 tersebut dan seterusnya menarik balik iklan raya tersebut, anda boleh sertai group bantahan tersebut di facebook.

BANTAH

sehingga kini.. mereka yang memprotes iklan ini adalah sebanyak 17,290 members
dalam masa 4 hari sahaja~



Ingat…
Mereka dah mengkaji Islam dan cara memesongkan akidah..





napster_dq
______________________________________________

Apa motifnya dengan jawi terbalik?

Saya mahu pihak berwajib menegur pihak TV3 supaya mereka lebih peka dan hormat terhadap tulisan jawi itu sendiri.. Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.

SCENE 1

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

SCENE 2

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
4.Pokok Krismas – Simbol Paganism

SCENE 3

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

SCENE 4

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

SCENE 5

Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

SCENE 6

Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

SCENE 7

Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

SCENE 8

Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan – Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih – Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

SCENE 9

Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau – Singapore lah.

SCENE 10

Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) – tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil – Agama Islam yang lemah

SCENE 11

Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri – Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

Renungkanlah~ Artikel ini ditulis oleh Ibnu Khalid..

insyaAllah sedikit muhasabah sebelum berakhirnya Ramadhan,

IRSYAD care about it!

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

manfaatkan kotak ini sebaiknya.. dilarang SPAMMING. dilarang untuk beremosi.. kata2 menunjukkan perilaku~ jikalau anda ingin menghantar komen secara peribadi, boleh isi diruangan komen, insyaAllah kami akan membacanya.

ShoutMix chat widget

About

Integriti Rasyidul Huffaz atau singkatannya IRSYAD merupakan sebuah badan perwakilan bagi pelajar-pelajar diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2009-2012.
IRSYAD secara rasminya ditubuhkan pada 17Jun 2009 bersamaan 23 Jamadilakhir 1439H dalam mesyuarat diantara Majlis Tertinggi dengan barisan exco perwakilan. Dan Majlis pelancarannya telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Julai 2009 bersamaan 24 rejab 1430H di Auditorium Sheikh Mohd Nor.